PRK Nenggiri: Calon PN sedia perjuangkan nasib Orang Asli

Mohd Rizwadi (lima dari kiri) bersama pimpinan PN menikmati hidangan tradisional Orang Asli ketika berkunjung ke Kampung Langsat, Kuala Betis, Gua Musang pada Sabtu.
Mohd Rizwadi (lima dari kiri) bersama pimpinan PN menikmati hidangan tradisional Orang Asli ketika berkunjung ke Kampung Langsat, Kuala Betis, Gua Musang pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail bersedia untuk berjuang membela nasib masyarakat Orang Asli seandainya diberi mandat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Mohd Rizwadi dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau juga bersedia mengaturkan pertemuan dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri untuk melihat bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada Orang Asli.

Menurutnya, lebih banyak isu-isu berkait kepentingan masyarakat pribumi berkenaan juga akan diketengahkannya.

"Jadi bila dilantik sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan apa-apa sahaja yang mereka (Orang Asli) perlukan.

"Saya akan bawa perkara itu ke pengetahuan agensi-agensi terbabit," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Langsat, Kuala Betis di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan.

PRK DUN Nenggiri akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan PN yang diwakili Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun selepas keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Rizwadi mengakui bersyukur dan gembira kerana masyarakat Orang Asli mula terbuka dan menerima kehadiran PN di kawasan mereka.

Ujarnya, masyarakat Orang Asli dapat membuat perubahan dengan memberi undi bagi memastikan PN menang dalam PRK itu nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!