Penternak buat laporan polis, syak tiga lembu dibaham harimau

Seorang penternak membuat laporan polis setelah mengesyaki tiga ekor lembu yang diternaknya mati dibaham harimau di Kampung Tapah, Langkap Baru dekat Sungai Tong, di sini minggu lepas. Gambar hiasan
Seorang penternak membuat laporan polis setelah mengesyaki tiga ekor lembu yang diternaknya mati dibaham harimau di Kampung Tapah, Langkap Baru dekat Sungai Tong, di sini minggu lepas. Gambar hiasan
A
A
A

BANDAR PERMAISURI - Seorang penternak membuat laporan polis setelah mengesyaki tiga ekor lembu yang diternaknya mati dibaham harimau di Kampung Tapah, Langkap Baru dekat Sungai Tong, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, wanita berusia 47 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Khamis lepas.

"Pada kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa lepas, wanita berkenaan menyedari tentang kejadian itu ketika ke kandang ternakannya dan mendapati tiga bangkai lembu miliknya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Zain berkata, siasatan awal telah dijalankan pihaknya di lokasi kejadian, disertai wanita tersebut dan penduduk kampung.

Beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!