Dua rumah terbakar di Kampung Tengah
KUANTAN - Dua rumah terlibat dalam satu kebakaran di Kampung Tengah di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, rumah pertama 100 peratus musnah manakala rumah kedua pula, tiga peratus terbakar.
"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuantan dan Indera Mahkota ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan pada 1.20 petang.
"Kejadian itu ia tidak melibatkan sebarang mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos 200 kaki, dua nozle dan satu aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
Jelasnya, jentera BBP Indera Mahkota memberi bantuan air kepada jentera BBP Kuantan.
"Api berjaya dikawal kira-kira jam 1.41 petang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!