Suami tikam isteri kerana selisih faham

Seorang suami tergamak menikam isterinya di bahagian rusuk kiri dengan pisau selepas berlaku selisih faham antara mereka dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau di sini, pada Sabtu. Gambar hiasan
Seorang suami tergamak menikam isterinya di bahagian rusuk kiri dengan pisau selepas berlaku selisih faham antara mereka dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau di sini, pada Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

JEMPOL - Seorang suami tergamak menikam isterinya di bahagian rusuk kiri dengan pisau selepas berlaku selisih faham antara mereka dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol,Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis pada jam 9.30 pagi daripada seorang lelaki mengenai kejadian membabitkan kakaknya.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku lebih kurang jam 8 pagi melibatkan mangsa berumur 30 tahun dan suspek berusia 32 tahun yang merupakan suaminya.

"Suspek telah mengambil tindakan menikam mangsa pada bahagian rusuk kiri dengan menggunakan sebilah pisau sebanyak dua kali. Punca kejadian berlaku selepas kedua-duanya berselisih faham," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan kini masih ditahan wad untuk rawatan lanjut.

"Pada jam 2.30 petang hari sama, pihak polis menerima makluman daripada kakak suspek yang memberitahu bahawa suspek berada di kebun durian di Jelebu.

"Suspek bertindak minum racun dan telah dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan serta pemerhatian lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya. Jika sabit kesalahan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun, denda atau sebat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!