'Pantai puntung rokok’ beri kesan kepada industri pelancongan

Putung rokok dibuang di celahan akar pokok semasa tinjauan Sinar Harian di Pantai Teluk Batik.
Putung rokok dibuang di celahan akar pokok semasa tinjauan Sinar Harian di Pantai Teluk Batik.
A
A
A

KEINDAHAN kebanyakan pantai menjadi tumpuan destinasi pelancongan Malaysia dicemari ribuan puntung rokok yang dibuang merata-rata secara sengaja oleh pengunjung.

Lebih memalukan, puntung rokok menduduki antara tempat teratas sampah yang paling banyak ditemui di pantai peranginan.

Perkara tersebut mendapat maklum balas daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang untuk meneliti keperluan bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih tegas.

Langkah berkenaan sebagai satu peringatan kepada orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata walaupun sampah kecil seperti puntung rokok.

Ia bukan sahaja diambil kira dari segi kebersihan namun puntung rokok berkenaan turut mempengaruhi keselamatan pengunjung yang berada di pantai peranginan.

Ini kerana orang ramai termasuk kanak-kanak berkemungkinan akan menikmati pasir pantai tanpa menggunakan selipar atau kasut.

Selain itu, kehadiran pengunjung ke pantai peranginan di Malaysia turut membimbangkan kerana ia mempengaruhi keyakinan mereka untuk bercuti di negara ini memandangkan lokasi berkenaan merupakan pusat pelancongan.

Bahkan, ia sekali gus memberi kesan dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kajian untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya menerusi pegawai undang-undang sedang mengkaji pindaan akta itu termasuk mengenakan denda melakukan khidmat masyarakat kepada pesalah memandangkan kompaun tidak memberi kesan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya kerajaan sudah memainkan peranan dalam membanteras pembuangan sampah di merata tempat, jadi wajarlah untuk perokok tidak membuang puntung secara sengaja di tempat umum.

Justeru, orang ramai diminta untuk membuang sampah ke dalam plastik dan tong sampah yang disediakan bagi menjamin kebersihan serta keindahan alam sekitar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!