Kontinjen negara akur keputusan batal penyertaan Azizulhasni

Reaksi Azizulhasni selepas tidak layak dalam acara basikal trek keirin lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome. Foto Bernama
Reaksi Azizulhasni selepas tidak layak dalam acara basikal trek keirin lelaki pusingan pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome. Foto Bernama
A
A
A

KONTINJEN negara akur keputusan pembatalan dikenakan terhadap jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam saringan pertama acara keirin lelaki Sukan Olimpik 2024 di Paris pada Sabtu.

Malah sebelum itu Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Azizulhasni pada perlumbaan keirin lelaki.

Bagaimanapun kata Hamidin, ketua komisar dan wakil badan induk dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Azizulhasni akibat dikesan memintas derny - basikal elektrik bertindak sebagai pacer sebelum garisan permulaan.

Hamidin
Hamidin

"Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada Azizulhasni.

"Pada masa sama pihak ISN (Institut Sukan Negara), juga akan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini," katanya pada Ahad.

Sebelum itu, Azizulhasni prospek emas negara di Paris 2024 tersebut dibatalkan penyertaan selepas terlalu awal memotong pacer.

Tindakan pelumba kelahiran Dungun Terengganu berusia 36 tahun itu juga menyebabkan perlumbaan dimulakan semula yang dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer diikuti pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland kedua.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!