Brek rosak, bas bawa 20 penumpang langgar penghadang jalan

Keadaan bas yang dinaiki 20 penumpang melanggar penghadang jalan selepas mengalami kerosakan brek di Kilometer 2.6 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
Keadaan bas yang dinaiki 20 penumpang melanggar penghadang jalan selepas mengalami kerosakan brek di Kilometer 2.6 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
A
A
A

BENTONG - Seramai 20 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka melanggar penghadang jalan selepas mengalami kerosakan brek di Kilometer 2.6 Jalan Genting Highlands di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, pemandu bas iaitu seorang lelaki warganegara tempatan berusia 38 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu lelaki itu dari Genting Highlands menghala ke arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, dipercayai brek bas yang dipandu tidak berfungsi lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

"Kejadian itu menyebabkan pemandu bas cedera ringan, manakala 20 penumpang tidak mengalami kecederaan.

"Kita memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian ini tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!