Olimpik Paris: Cao Yuan pertahan emas acara 10m platform lelaki
PENERJUN China, Cao Yuan berjaya mempertahankan gelaran Olimpiknya dalam acara 10 meter (m) platform lelaki pada Sabtu ketika China menyapu bersih semua lapan pingat emas terjun di Sukan Olimpik Paris, lapor Xinhua.
Cao Yuan, 29, meraih pingat emas Olimpik keempatnya dengan 547.5 mata menjadikannya penerjun pertama sejak legenda Amerika Syarikat (AS) Greg Louganis melakukannya di Sukan Olimpik Seoul 1988 untuk mempertahankan gelaran dalam acara 10m platform lelaki.
"Saya sangat teruja. Saya telah berusaha keras untuk pulih, berfikir, dan berada dalam keadaan baik di Paris," kata Cao Yuan selepas kejayaan itu.
Penerjun remaja Jepun, Rikuto Tamai gagal menyempurnakan terjunan kelimanya tetapi masih berjaya meraih pingat perak dengan mata 507.65 selepas menerima markah tertinggi 99 mata dalam terjunan terakhir.
Penerjun Britain, Noah Williams meraih pingat gangsa dengan 497.35 mata manakala juara dunia, Yang Hao dari China tidak berada dalam prestasi terbaiknya dan menamatkan saingan di tempat terakhir dalam kalangan 12 penerjun di peringkat akhir. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!