'Kami sayang kamu Azizulhasni'

Hannah Yeoh (kiri), Laporan Sinar Harian
Hannah Yeoh (kiri), Laporan Sinar Harian
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh kepada jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas beliau tersingkir di pusingan awal acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Hannah, Azizulhasni merupakan seorang atlet yang telah banyak berkorban untuk negara dan semua rakyat Malaysia perlu bersamanya pada waktu sukar ini.

"Keutamaan saya ketika ini untuk Azizulhasni Awang ialah kesejahteran beliau selepas kejadian ini. Sejak hari pertama, saya tidak perlu risau tentang beliau kerana semangatnya untuk meraih kecemerlangan. Dia bersemangat, rajin dan profesional.

"Saya marah dengan keputusan untuk membatalkan kelayakan Azizul - sila rujuk hantaran beliau sebelum ini. Adakah pasukan membuat rayuan? Ya, tetapi keputusan untuk menyingkirkannya adalah muktamad.

"Bagi ibu bapa yang menonton perlumbaan dengan anak-anak mereka dan terpaksa menjawab banyak soalan seperti apa yang berlaku? dan mengapa?.

"Tolong luangkan masa untuk menerangkannya kepada mereka. Ia tidak akan mudah tetapi anda mesti membantu mereka memprosesnya walaupun anda sendiri berjuang untuk menerimanya. Dalam sukan, peraturan akan mengikat anda," katanya.

Dalam perlumbaan pada Sabtu, Azizulhasni atau dikenali sebagai The Pocket Rocketman dibatalkan penyertaan selepas terlalu awal memotong pacer.

Hannah berkata, pelumba berusia 36 tahun itu kekal sebagai salah seorang atlet terbaik Malaysia dan beliau akan terus menyokong Azizulhasni beraksi.

Artikel Berkaitan:

"Semoga kita semua berbuat baik kepada Azizul dan pasukannya dalam masa yang sukar ini. Terutama untuk keluarganya. Banyak pengorbanan yang terpaksa dibuat oleh keluarga selama bertahun-tahun kerana ketiadaanya untuk latihan dan pertandingan di luar negara. Bersikap baik dengan kata-kata anda.

"Azizul, Pocket Rocketman kami, saya akan sentiasa menyokong keputusan anda untuk berlumba kerana anda kekal sebagai salah seorang atlet terbaik Malaysia. Kesejahteraan anda kini menjadi keutamaan saya untuk anda. Kami sayang kamu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!