Kekalahan bangkitkan semangat United

Reaksi pemain United, Jonny Evans (kanan) selepas tewas kepada City. Foto AFP
Reaksi pemain United, Jonny Evans (kanan) selepas tewas kepada City. Foto AFP
A
A
A

ERIK ten Hag berkata Manchester United mesti merasai keperitan kekalahan dalam aksi Perisai Komuniti menerusi penentuan penalti kepada Manchester City untuk membangkitkan semangat mereka bagi permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

United kelihatan bersedia untuk mengulangi kemenangan terakhir Piala FA ke atas juara Inggeris itu pada Mei, yang membantu menyelamatkan tugas ten Hag sebagai pengurus, apabila Alejandro Garnacho membuka tirai jaringan di Wembley pada minit ke-82.

Bagaimanapun, tandukan Bernardo Silva memaksa permainan ke penentuan penalti dan City lebih unggul untuk menang penentuan penalti 7-6.

"Apabila anda beraksi dengan baik tetapi tewas, semua orang merasakan perasaan ini. Ia amat memeritkan.

"Anda perlu merasai kesakitan dan kami perlu terluka. Kami perlu membawa kepercayaan ini ke dalam liga," katanya.

City telah memenangi EPL untuk empat musim berturut-turut tetapi ia adalah kali pertama mereka memenangi Perisai Komuniti selepas kekalahan kepada Leicester, Liverpool dan Arsenal dalam tempoh tiga tahun lalu.

"Untuk memulakan musim dengan gelaran adalah bagus. Kami sangat gembira. Seronok bermain permainan ini kerana ia bermakna anda memenangi sesuatu pada musim sebelumnya.

"Sekarang kita lihat bagaimana pemain kembali. Sasaran sekarang bukan untuk memenangi Liga Perdana, perlawanan seterusnya kami mahu cuba menang. Inilah yang perlu kami lakukan," kata pengendali City, Pep Guardiola.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!