Jiran dengar bunyi bising dari rumah wanita ditikam suami

Mangsa menerima rawatan di HTAN, Kuala Pilah,
Mangsa menerima rawatan di HTAN, Kuala Pilah,
A
A
A

JEMPOL - Terkejut dan tidak menyangka bunyi bising yang didengar dari luar rumah pada pagi Sabtu di sebuah rumah flat di Bahau di sini, rupa-rupanya membabitkan perselisihan faham pasangan suami isteri.

Itu yang dimaklumkan seorang jiran di kediaman tersebut susulan kejadian itu yang menyebabkan mangsa iaitu isteri suspek cedera di bahagian rusuk kiri akibat ditikam.

Menurut jiran yang enggan dikenali, ketika itu dia sedang bergegas kerana ada urusan dan difahamkan kediaman mangsa itu turut dihuni oleh keluarga lain.

"Selepas selesai urusan berkenaan pada sebelah petang, saya terkejut melihat ramai saudara dan kenalan mereka berada di rumah tersebut.

"Saya dapat makluman rupanya ada seorang wanita sudah dihantar ke hospital sebab cedera tikam dengan pisau. Saya harap dia berada dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan di sekitar perumahan flat berkenaan mendapati kawasan tersebut dihuni oleh berbilang bangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mangsa akan dibenarkan keluar hospital pada hari ini.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang suami tergamak menikam isterinya di bahagian rusuk kiri dengan pisau selepas berlaku selisih faham antara mereka di sebuah rumah di flat berkenaan.

Mangsa berusia 30 tahun kemudiannya menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, manakala suspek berusia 32 tahun telah melarikan diri sebaik kejadian dan berada di kebun durian di Jelebu.

Suspek bertindak minum racun lalu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!