Penggantungan Ahli Parlimen Machang tidak babitkan kuasa Speaker - Johari

Johariditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. Foto Bernama
Johariditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Penggantungan selama enam bulan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat tidak membabitkan kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, penggantungan itu melalui usul kerajaan dan Ahli Parlimen Machang itu bukan individu pertama yang dikenakan tindakan melalui usul berkenaan.

Menurut Johari, tugas beliau hanya mentadbir dan melaksanakan tanggungjawab seperti termaktub dalam undang-undang.

"Saya hanya mengendalikan, bukan saya yang hukum beliau.

"Itu pandangan dia, saya melaksanakan tugas mengikut peraturan mesyuarat yang membenarkan (penggantungan). Dia bukan individu pertama yang dikenakan tindakan melalui usul kerajaan," katanya.

Johari (tiga DARI kanan) bersama Mohd Amar (kiri) semasa lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. Foto Bernama
Johari (tiga DARI kanan) bersama Mohd Amar (kiri) semasa lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. Foto Bernama

Beliau berkata demikian Sempena Lawatan Kerja Yang Dipertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini pada Ahad.

Hadir mengiringi beliau ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan, Wan Ahmad Fayhsal ketika berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di Unit Daerah Mengundi (UDM) Perasu pada Sabtu mendakwa beliau boleh membela diri jika dipanggil terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum tindakan diputuskan.

Ketua Armada Bersatu yang digantung enam bulan berkuat kuasa 17 Julai lalu itu memberitahu, penggantungan berkenaan berikutan pendedahan yang dibuat di Dewan Rakyat itu bukan surat layang seperti yang didakwa.

Johari memberitahu, sebelum ini sudah ada beberapa pemimpin yang digantung bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!