PRK Nenggiri: 'Ku Li sentiasa pantau proses kempen'

Ku Li (dua dari kiri) hadir pada hari penamaan calon di Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu lalu.
Ku Li (dua dari kiri) hadir pada hari penamaan calon di Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu lalu.
A
A
A

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) Gua Musang menegaskan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sentiasa membantu proses kempen.

Timbalan Pengarah PRK DUN Nenggiri, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, setiap hari pihaknya akan menghantar laporan kepada Ku Li berkait kerja-kerja berkempen.

"Beliau (Ku Li) turun bermula 13 Ogos ini, walaupun tak ada di sini tetapi laporan harian kita berikan," katanya ketika menjawab soalan pemberita tentang ketiadaan Ku Li sepanjang kempen PRK DUN Nenggiri semasa sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Gua Musang, Bukit Cekati di sini pada Ahad.

Menurut beliau, setiap gerak kerja kempen dimaklumkan secara terus kepada pemimpin berkenaan.

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!