Rakyat Malaysia bertanggungjawab kekalkan kemerdekaan negara - Johari

Johari ditemu bual pemberita pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Pasar Wirawati Taman Maluri. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha mengekalkan kemerdekaan negara perlu digalas oleh semua lapisan masyarakat termasuk golongan pemimpin walaupun berbeza latar belakang dan fahaman politik, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, meskipun membawa ideologi berbeza, namun kestabilan politik, pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat tidak boleh dikompromi, bagi memastikan kemerdekaan negara dapat dipertahankan sampai bila-bila untuk generasi akan datang.

"Maksudnya apabila kita merdeka, negara tidak boleh kembali seperti dahulu (keadaan sebelum merdeka).

"Politik hari ini adalah menjual ideologi, tetapi mana-mana ideologi sekalipun kita kena pastikan bahawa kemerdekaan itu tetap dan kekal sampai bila-bila untuk generasi akan datang merangkumi kestabilan politik, pembangunan ekonomi yang teratur dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Johari menyerahkan Jalur Gemilang kepada orang ramai pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Pasar Wirawati Taman Maluri. Foto Bernama

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka di Pasar Wirawati, di sini, hari ini.

Terdahulu Johari menerima Baton Jalur Gemilang sebagai kesinambungan jelajah Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP).

Semalam, Baton Jalur Gemilang diserahkan kepada Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai simbolik permulaan jelajah KMJG 2024 peringkat WPKLP. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!