Semak sebelum buat hantaran, elak kes buli siber

Amizar (tiga dari kanan) mewakili Menteri Besar menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pahang 2024 di Dataran Bentong pada Sabtu.
Amizar (tiga dari kanan) mewakili Menteri Besar menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pahang 2024 di Dataran Bentong pada Sabtu.
A
A
A

TEMERLOH - Semua pengguna media sosial diminta sentiasa menyemak sebelum membuat sebarang hantaran bagi mengelakkan sebarang kes buli siber.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, perkara tersebut antara mesej-mesej yang ditegaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan di negara ini.

Menurutnya, kes buli siber yang pernah berlaku sebelum ini perlu dielakkan.

"Baru-baru ini terdapat seorang individu berdepan kes buli siber di Malaysia dan mungkin banyak lagi yang berlaku di luar sana.

"Ini antara mesej-mesej yang disampaikan dan dititikberatkan oleh Menteri Besar," katanya.

Antara ribuan pengunjung yang membanjiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Bentong pada Sabtu.
Antara ribuan pengunjung yang membanjiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Bentong pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Pahang merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Bentong dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir Razali Kassim dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penggunaan media sosial hendaklah dikawal agar ia tidak menjejaskan keharmonian dan juga perpaduan di antara kaum di negeri dan negara ini.

“Kita harus ambil perhatian mengenai penggunaan media sosial yang tidak terkawal, tanpa sempadan sehingga menyebarkan kebencian, persepsi serta sentimen yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah kita bina selama ini,” jelasnya.

Cabutan mega yang dimenangi suri rumah, Nurhanis Adilah Ahmad Nasir, 40, yang membawa pulang sebuah motosikal disampaikan oleh Amizar.
Cabutan mega yang dimenangi suri rumah, Nurhanis Adilah Ahmad Nasir, 40, yang membawa pulang sebuah motosikal disampaikan oleh Amizar.

Dalam pada itu, Amizar turut meminta rakyat di Pahang memasang Jalur Gemilang di premis masing-masing dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

"Kita menggalakkan orang ramai memasang Jalur Gemilang dan kalau di peringkat negeri, edaran dilakukan di peringkat jabatan-jabatan," tambahnya.

Lebih 3,000 pengunjung membanjiri dataran tersebut yang diwarnai pelbagai aktiviti termasuk pertandingan lagu patriotik oleh masyarakat Orang Asli, Jualan Madani dan jualan durian.

Turut berlangsung cabutan bertuah dan persembahan bunga api serta artis jemputan terkenal, Haqiem Rusli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!