Ketua Whip perlu semak masalah ahli Parlimen - Johari

Johari (kanan) bersama Mohd Amar ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. Foto Bernama
Johari (kanan) bersama Mohd Amar ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua Whip memainkan peranan untuk menyemak semua masalah yang dihadapi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, selain memastikan kehadiran Ahli Dewan, Ketua Whip perlu bertemu Speaker supaya ada tindakan susulan termasuk meminta maaf jika berlaku kesilapan sepanjang tempoh persidangan.

"Peranan Ketua Whip juga ialah membawa hasrat dan pandangan Ahli Parlimen kepada Speaker dan perlu ambil tahu perbahasan dalam Dewan untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian Sempena Lawatan Kerja Yang Dipertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini pada Ahad.

Hadir mengiringi beliau ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mengulas mengenai isu Ahli Parlimen Machang, Wan Wan Ahmad Fayhsal yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 17 Julai lalu, susulan dakwaannya mengenai satu surat layang, Johari mengesyorkan Ketua Whip bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan.

"Beliau perlu selalu berhubung. Saya tiada masalah untuk berjumpa. Sebelum ini Ketua Whip Kelantan ada bertemu saya.

"Untuk kes Machang (Wan Ahmad Fayhsal) beliau tidak berjumpa, jadi saya tidak tahu, mungkin terlepas pandang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan usul penggantungan Wan Ahmad Fayhsal mendapat sokongan majoriti dalam undi belah bahagi, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!