Suspek tikam dua wanita di tandas surau disenarai orang dikehendaki

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas, kini dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, suspek dipercayai warga tempatan berusia lewat 40-an.

"Polis sedang berusaha memburu suspek yang sudah dikenal pasti itu. Kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki berkenaan.

Setakat ini, tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!