Mayat kedua tragedi bot karam dijumpai

Bot bernombor TRF 942 yang membawa sembilan penumpang dipercayai terbalik dan karam selepas dilanggar tongkang dalam kejadian di perairan Kemaman pada pagi Ahad.
Bot bernombor TRF 942 yang membawa sembilan penumpang dipercayai terbalik dan karam selepas dilanggar tongkang dalam kejadian di perairan Kemaman pada pagi Ahad.
A
A
A

KEMAMAN - Mayat kedua mangsa tragedi bot karam melibatkan bot nelayan dan sebuah tongkang dijumpai sekitar jam 1 tengah hari di perairan Kemaman di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat Shahril Ismail, 50, dijumpai pada jarak lima batu nautika dari lokasi kejadian di perairan Kuala Kemaman.

"Mayat mangsa telah tiba di jeti sekitar jam 2.45 petang dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya di sini pada Ahad.

Menurut Hanyan, mangsa pertama dikenali sebagai Siti Zamimah, 26, dijumpai jam 7 pagi bersama lima individu yang terselamat.

"Nelayan telah menjumpai mangsa bersama lima lagi individu yang terselamat dalam keadaan terapung di lokasi kejadian dan dibawa ke daratan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini dua lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Yussoff, 66, dan Aina Husna Mohamad Husani, 25.

Katanya, lima mangsa terselamat ialah Saipul Ridzuan Osman, 50; Rosnawi Harun, 50; Mat Ali Alahan, 66; Haziah Harun, 63 dan Ain Farhana Mohamad Husani, 30.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bot yang membawa sembilan penumpang terbalik dan karam dipercayai dilanggar tongkang dalam kejadian di perairan Kemaman, di sini pada pagi Ahad.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu berlaku sekitar jam 6.30 pagi pada jarak tujuh batu nautika atau 13 kilometer (km) dari kawasan perairan Kuala Kemaman.

Bot tersebut dikatakan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong berusia lingkungan 23 hingga 79 tahun untuk memancing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!