DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu kafir harbi

Young Syefura (tengah) bersama Syahredzan (kanan) dan Sheikh Umar (kiri) ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Ahad. Foto Bernama
Young Syefura (tengah) bersama Syahredzan (kanan) dan Sheikh Umar (kiri) ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa DAP pada Ahad membuat laporan terhadap dua individu yang menuduh parti itu sebagai kafir harbi pada program ceramah Pas dan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-baru ini.

Naib Ketua Wanita DAP, Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan merbahaya serta menggugat ketenteraman awam.

"Kita mahukan tindakan tegas diambil terhadap dua individu terbabit kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada Ahad.

Terdahulu, Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong bersama Ahli Jawatankuasa DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Ali tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.10 tengah hari, dan selesai membuat laporan kira-kira 40 minit kemudian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!