25 orang terperangkap akibat kepala air di Gombak

25 orang terperangkap akibat kepala air di Sungai Pisang Selayang, di sini, pada Ahad.
25 orang terperangkap akibat kepala air di Sungai Pisang Selayang, di sini, pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK - Seramai 25 orang berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air ketika beriadah di Sungai Pisang Selayang, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 1.41 petang.

Operasi membawa keluar mangsa giat dilaksanakan
Operasi membawa keluar mangsa giat dilaksanakan

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi, terdapat 25 orang terperangkap akibat kepala air.

"Kerja-kerja membawa keluar mangsa sedang dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!