Shah Firdaus mara separuh akhir acara keirin
[DIKEMAS KINI] ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menampilkan kayuhan bertenaga untuk mara ke pusingan separuh akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris pada Ahad.
Dalam aksi di Velodrom Saint Quentin, Muhammad Shah Firdaus berjaya menyudahkan saingan saringan pertama itu di kedudukan ketiga untuk terus menyalakan harapan pingat kotinjen negara.
Aksi saringan tersebut dimenangi pelumba Britain, Jack Carlin diikuti atlet Australia, Matthew Glaetze dan Ota Kaiya dari Jepun di kedudukan keempat.
Untuk rekod, empat pelumba terbaik dalam setiap sesi saringan akan mara ke separuh akhir dengan saingan tersebut dijadualkan bermula pada jam 6.29 petang ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!