Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France

Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan di Stade de France, utara Paris. Foto AFP
Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan di Stade de France, utara Paris. Foto AFP
A
A
A

PERANCIS akan mengadakan majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Stade de France, utara Paris, yang diberi nama 'Records', lapor Sputnik.

Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.

Lebih daripada 8.8 juta tiket telah terjual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024.

Rekod sebelum ini sebanyak 8.3 juta tiket terjual dicatatkan semasa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan di Milan dan Cortina d'Ampezzo, Itali, dari 6 hingga 22 Februari 2026.

Sukan Olimpik Musim Panas berikutnya akan berlangsung di Los Angeles, California, dari 14 hingga 30 Julai 2028. - Bernama-Sputnik

               

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!