Belanjawan 2025: Tempoh masa perbahasan dilanjut hingga 10.30 malam

Johari ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim pada Ahad. Foto Bernama
Johari ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke atas Speaker DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Tempoh masa perbahasan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober berkemungkinan dilanjutkan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata, tempoh masa sidang Parlimen kebiasaannya bersidang pada 10 pagi hingga 8 malam sebelum ini, namun pada masa pembentangan Belanjawan 2025 ia akan dilanjutkan sehingga 10.30 malam.

"Saya akan memberikan ruang seluas-luasnya untuk perbahasan Belanjawan 2025. Jika sekarang kita tamat pada 8 malam untuk waktu Belanjawan, kita akan panjangkan mungkin hingga 10.30 malam.

"Setiap ahli Parlimen boleh berucap pada perbahasan ini dan diharapkan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan pada Belanjawan 2025,” katanya dalam sidang media sempena Program Lawatan Kerja ke Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Ahad.

Johari juga berharap peruntukan melibatkan pembangunan agar jauh lebih besar dapat dibentangkan pada Belanjawan 2025.

Turut hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!