PRK DUN Mahkota: MyPPP sedia bantu BN

Loga Bala Mohan (dua dari kanan) bersama Md Jais (tiga dari kiri) ketika hadir dalam Konvensyen MyPPP Negeri Johor di Kluang pada Ahad.
Loga Bala Mohan (dua dari kanan) bersama Md Jais (tiga dari kiri) ketika hadir dalam Konvensyen MyPPP Negeri Johor di Kluang pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Parti Progresif Penduduk (MyPPP) akan turun membantu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pemangku Presiden MyPPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, seluruh jentera daripada sayap parti akan bersama berganding bahu bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

"Antara perkara utama yang akan dilakukan adalah mengesan pengundi daripada ahli-ahli parti untuk keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

"Satu bilik gerakkan akan ditubuhkan untuk membolehkan myPPP menjalankan gerak kerja kempen sebaik tarikh PRK diumumkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Konvensyen MyPPP Negeri Johor yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Md Jais mengalu-alukan tawaran sokongan oleh myPPP dan ia secara tidak langsung memberikan lebih kekuatan kepada BN dan UMNO

"Semoga dengan adanya sokongan ini diharapkan dapat membantu calon BN mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRN pada 2022 lalu," katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Mahkota, Johor pada 13 Ogos ini, untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dilaporkan berkata ia susulan SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166.

Beliau menewaskan calon PH, Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi. Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!