Azman lari naik motosikal Honda Wave ke daerah berdekatan - Polis

Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh sebagai kes bunuh.
Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh sebagai kes bunuh.
A
A
A

MUAR - Suspek lelaki yang diburu polis kerana disyaki membunuh dan membakar rumah yang mengorbankan ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan, Pagoh pada awal pagi Jumaat, dipercayai sudah melarikan diri ke daerah lain.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek Azman Mohamed, 48, dipercayai melarikan diri dengan menaiki motosikal Honda Wave berwarna merah.

“Berdasarkan maklumat, suspek melarikan diri sejurus dipercayai membunuh tiga ahli keluarganya sebelum membakar rumah dengan menaiki motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

“Polis tidak menolak kemungkinan suspek bersembunyi di daerah berdekatan namun masih berada di Johor," katanya dihubungi pada Ahad.

Raiz Mukhliz berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, tiga sekeluarga maut apabila rumah didiami mereka musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sekolah, Kampung Paya Redan, Pagoh.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sepasang suami isteri warga emas dan cucu perempuan mereka maut manakala seorang lagi cucu cedera.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi kanak-kanak iaitu cucu kepada pasangan berkenaan, Noradriana Nor Hisyam, 11, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!