Penjual sayur warga emas maut, kereta dirempuh SUV

Seorang penjual sayur maut kereta dinaiki dirempuh SUV di Kilometer 86 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi Ahad.
Seorang penjual sayur maut kereta dinaiki dirempuh SUV di Kilometer 86 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi Ahad.
A
A
A

SIBU - Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaikinya dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer 86 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, Dijah Lalei, 65, yang dalam perjalanan ke pasar tamu Pekan Selangau untuk menjual sayur, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 pagi itu.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk.

"Hasil siasatan awal, kemalangan berlaku apabila kenderaan Proton Iswara dipandu seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun dalam perjalanan ke pekan Selangau dari arah Bintulu telah dilanggar dari belakang oleh sebuah SUV jenis Mitsubishi Pajero Sport semasa tiba di tempat kejadian.

"Akibat perlanggaran tersebut, Dijah yang duduk di tempat duduk belakang telah mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam kenyataan.

Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 86 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi Ahad.
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 86 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi Ahad.

Pemandu Proton Iswara bersama seorang lagi penumpang wanita berumur 61 tahun yang duduk di hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketiga-tiga mereka merupakan penjual sayur di pasar tamu tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut dan polis telah mengenal pasti serta sedang mengesan pemilik SUV berkenaan.

Sehubungan itu, Muhamad Rizal meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau mana-mana balai polis berhampiran, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!