Polis kesan Sharifah Amirah Alya, hilang sejak 6 Ogos
HULU SELANGOR - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Bandar Baru Batang Kali, di sini, sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kehilangan Sharifah Amirah Alya Sayed Yusrizal dilaporkan pada jam 11.30 pagi.
"Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat kira-kira 50 kilogram dan tidak bercermin mata.
"Pakaian terakhir dilihat adalah baju hitam lengan panjang, tudung bawal warna hitam dan sandal warna gelap," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Faizal berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Zulaikha Mohamed ditalian 03-60641222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, 03-60641223," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!