Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin

Shah Firdaus selepas terlibat dalam perlanggaran ketika beraksi acara basikal trek keirin lelaki peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome hari ini. Foto Bernama

A
A
A

PERJUANGAN wakil tunggal negara dalam acara keirin, Muhammad Shah Firdaus Shahrom terhenti apabila beliau menduduki tempat keempat dalam pusingan final di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada hari terakhir temasya Olimpik 2024 di Paris.

Namun, biarpun terjatuh apabila terbabit dalam insiden pelanggaran dengan pelumba Jepun dan Great Britain, beliau bangkit dan menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3.348 minit di belakang pemenang Harrie Lavreysen dari Belanda.

Shah Firdaus ketika terlibat dalam perlanggaran dalam aksi acara basikal trek keirin lelaki peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Bernama
Shah Firdaus ketika terlibat dalam perlanggaran dalam aksi acara basikal trek keirin lelaki peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Bernama

Namun, juri memutuskan penyertaan Shah Firdaus terbatal apabila beliau didapati memasuki laluan pelumba lain.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing diungguli dua pelumba dari New Zealand, Matthew Richardson dan Matthew Glaezer.

Awal hari ini, sehari selepas atlet berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang tersingkir, rakan sepasukan Shah Firdaus Sahrom enggan membiarkan harapan jutaan rakyat Malaysia terus terkubur.

Shah Firdaus Sahrom. Foto Bernama
Shah Firdaus Sahrom. Foto Bernama

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor itu berjaya mengukir kegembiraan apabila mara ke separuh akhir acara keirin lelaki di velodrom itu pada hari terakhir temasya.

Artikel Berkaitan:

Dalam saingan di peringkat separuh akhir, Shah Firdaus cuba merapatkan jurang dengan pelumba di tempat ketiga Kaiya Ota dari Jepun, sebelum pecutan beliau terganggu selepas dihimpit seorang pelumba di kedudukan kelima.

Pelumba berusia 28 tahun itu akhirnya terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat dengan 0.437 saat di belakang pendahulu M Richardson dari Australia.

insiden pelanggaran dengan pelumba Great Britain Jack Carlin dan pelumba Jepun Shinji Nakano meranapkan segala impian Malaysia. Foto Bernama
insiden pelanggaran dengan pelumba Great Britain Jack Carlin dan pelumba Jepun Shinji Nakano meranapkan segala impian Malaysia. Foto Bernama

Namun, tuah menyebelahi Shah Firdaus apabila Ota disingkirkan daripada saingan tersebut, sekali gus menyaksikan beliau mara ke peringkat akhir.

Di peringkat akhir, beliau bermula dengan baik, namun insiden pelanggaran dengan pelumba Great Britain Jack Carlin dan pelumba Jepun Shinji Nakano meranapkan segala impian Malaysia.

Apa pun tahniah Shah Firdaus, anda kekal wira di hati kami. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!