Shah Firdaus mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam perlanggaran ketika beraksi acara basikal trek keirin lelaki peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome pada Ahad. Foto Bernama
Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam perlanggaran ketika beraksi acara basikal trek keirin lelaki peringkat akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbang pingat dalam acara final keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris.

Shah Firdaus tampil memohon maaf menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor, itu menjadi talian hayat terakhir kontinjen negara dalam misi memburu pingat emas pertama di Olimpik.

Kejayaan ke final itu juga cukup menggembirakan selepas kem negara berdepan detik duka jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan seawal saringan pertama acara itu pada Sabtu.

Pada aksi final di Velodrom Saint Quentin en Yvelines itu, Shah Firdaus tampil dengan kayuhan memukau untuk berada di kedudukan gangsa sebelum terjatuh pada 250 meter (m) terakhir bersama dua pelumba lain iaitu Shinji Nakano (Jepun) dan Jack Carlin (Great Britain).

Meskipun keputusan pada mulanya menunjukkan Shah Firdaus menamatkan saingan pada kedudukan keempat, keputusan itu tiba-tiba berubah kepada disingkirkan (relegated) oleh laman sesawang rasmi temasya tersebut, menjadikan beliau tercampak ke kedudukan keenam.

Pemberian status itu difahamkan ekoran tindakannya menghalang terlebih dahulu Nakano sebelum berlakunya perlanggaran.

Susulan itu, Shah Firdaus diturunkan untuk berada di kedudukan keenam manakala Nakano dan Carlin yang turut terbabit dengan pelanggaran diklasifikasikan sebagai DNF (tidak menamatkan perlumbaan).

Artikel Berkaitan:

Pingat emas acara itu milik pelumba Belanda Harry Lavraysen diikuti perak dan gangsa masing-masing milik Matthew Richardson dari Australia dan rakan senegaranya Matthew Glaetzer.

Malaysia secara rasmi menamatkan kempen Olimpik Paris dengan dua gangsa masing-masing menerusi perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!