PRK Nenggiri: PN tawar 'KHIDMAT' pikat pengundi

Barisan kepimpinan PN yang hadir semasa pelancaran tawaran sempena PRK DUN Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang pada Ahad.
Barisan kepimpinan PN yang hadir semasa pelancaran tawaran sempena PRK DUN Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang pada Ahad.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail mempertaruhkan KHIDMAT untuk memikat pengundi jika menang pada 17 Ogos ini.

Mohd Rizwadi berkata, KHIDMAT merangkumi 37 tawaran kepada rakyat.

"(K) merujuk kepada khidmat masyarakat, (H) hak rakyat, (I) integriti dan amanah, (D) daya ekonomi dan infrastruktur.

"(M) masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera, (A) anak muda berpendidikan dan berkemahiran serta (T) transformasi digital luar bandar," katanya semasa pelancaran tawaran PN PRN DUN Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, di sini pada Ahad malam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nussuruddin Daud (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran tawaran calon PN bagi PRK Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang pada Ahad.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nussuruddin Daud (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran tawaran calon PN bagi PRK Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang pada Ahad.

Pelancaran berkenaan disempurnakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Hadir sama, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa.

Mohd Rizwadi berkata, KHIDMAT meliputi tujuh fokus untuk Orang Asli, peneroka, kampung tradisi, anak muda, wanita, warga emas, usahawan selain kepada semua warga Nenggiri.

Menurutnya, tawaran untuk Orang Asli membabitkan janji untuk melantik seorang pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat dari kalangan Orang Asli.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga akan memperkasa peranan penghulu Orang Asli untuk menyelaras hal ehwal kebajikan Orang Asli dan memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

"Saya turut akan mengusahakan naik taraf jalan-jalan masuk ke perkampungan Orang Asli dan menubuhkan Pasukan Khas Pendidikan Orang Asli Nenggiri bagi memastikan keperluan pendidikan masyarakat Orang Asli diberi keutamaan," katanya.

Katanya, PN juga akan menjalin kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk menjaga kebajikan Orang Asli.

Mohd Rizwadi menambah, tawaran untuk peneroka membabitkan pengundi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT), Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) dan Peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan Rantau Manis.

"Saya akan membantu mempercepatkan pemberian hak milik tanah lot kediaman dan kebun kepada peneroka-peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeram Tekoh, Limau Kasturi, Sungai Asap, RPT Ladang Sungai Terah, Renok Baru dan Meranto.

"Selain itu, saya akan membantu mempercepatkan pemberian hak milik tanah tapak kediaman untuk 580 bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan Rantau Manis," ujarnya.

Mohd Rizwadi memaklumkan, untuk kampung tradisi pula, beliau bertekad menyelesaikan isu tanah penduduk yang bertindih dengan kawasan hutan simpan kekal di Kampung Atas Bukit dan Kampung Kuala Lah.

Katanya lagi, PN akan menyediakan 20 lot tapak kediaman bagi pemindahan penduduk yang menduduki tanah rizab yang diambil untuk pembinaan jalan di Bertam Baru selain mengusahakan naik taraf jalan-jalan kampung.

"Pada masa sama, saya akan berusaha menjadikan Nenggiri sebagai kawasan eco-pelancongan dan aktiviti sukan lasak dengan memanfaatkan Empangan Nenggiri yang boleh dimajukan sebagai pusat rekreasi air.

"Bertam pula akan dijadikan sebagai tempat tarikan ikan sungai. Tawaran untuk semua warga Nenggiri menjadi elemen terbesar apabila 12 perkara telah digariskan. Antara yang menarik ialah tuisyen percuma bagi dari keluarga yang berpendapatan rendah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!