Musim baharu tapi 'perangai' lama

Reaksi kecewa Jadon Sancho selepas gagal menjaringkan gol pada penentuan penalti. Foto AFP
Reaksi kecewa Jadon Sancho selepas gagal menjaringkan gol pada penentuan penalti. Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER United dilihat seakan belum bersedia menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terlepas Perisai Komuniti kepada jiran tetangga, Manchester City.

Perlawanan di Wembley itu menyaksikan United di hadapan selepas Alejandro Garnacho memecah kebuntuan pada minit ke-82, namun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila tandukan penyamaan Bernardo Silva tujuh minit kemudian memaksa permainan ke penentuan penalti.

Jadon Sancho yang kembali ke pangkuan kelab selepas tempoh pinjamannya di Borussia Dortmund tamat, gagal menyempurnakan sepakan kelima buat United yang sebelum itu turut gagal pada sepakan pertama menerusi Jonny Evans.

Pengendali United, Erik ten Hag akur dengan kekalahan itu namun menegaskan pemainnya perlu merasai keperitan dan mengambil iktibar daripada perlawanan tersebut serta tidak mengulangi ‘perangai’ lama iaitu tidak konsisten.

“Memang memeritkan apabila anda beraksi dengan baik tetapi akhirnya tewas, ini semua berkaitan dengan fokus dan konsistensi,” katanya.

Mengulas kegagalan Sancho menyempurnakan penalti, Ten Hag menegaskan bahawa pemain England itu akan tetap diberikan tugas mengambil sepakan penalti pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!