Masa depan van Dijk jadi tanda tanya

Virgil van Dijk
Virgil van Dijk
A
A
A

MASA depan Virgil van Dijk berada dalam ketidakpastian selepas dia belum ditawarkan kontrak baharu oleh Liverpool.

Pemain Belanda itu telah memasuki tahun terakhir kontraknya dan Liverpool berisiko kehilangan pemain yang dibeli dengan harga £75 (RM423 juta) itu secara percuma pada musim panas depan jika tiada perjanjian dipersetujui.

Van Dijk berkata, pada Mei bahawa dia gembira berada di Liverpool dan mahu kekal di kelab itu tetapi tidak ada perkembangan lanjut menjamin masa depannya.

“Tiada perubahan pada masa ini,” kata pemain berusia 33 tahun itu yang merupakan salah seorang daripada tiga pemain utama pada musim terakhir perjanjian semasa mereka, bersama dengan Trent Alexander-Arnold dan Mohamed Salah.

Liverpool adalah satu-satunya kelab dalam Liga Perdana yang masih belum membuat pembelian setakat musim panas ini dan Van Dijk percaya mereka memerlukan beberapa pemain tambahan.

“Jelas sekali saya fikir pasukan harus membuat beberapa pemain untuk musim depan, tetapi saya fikir mereka bekerja di belakang tabir dan saya yakin sepenuhnya dan mempercayai kelab bahawa mereka akan melakukan perkara yang betul.

"Ia penting untuk kami dapatkan skuad yang terbaik untuk bersaing dalam setiap pertandingan yang disertai," katanya.

Liverpool mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ketiga tahun lepas dan memenangi Piala Liga dan Van Dijk mempunyai sasaran tinggi untuk musim akan datang di bawah pengurus baharu Arne Slot.

Artikel Berkaitan:

“Kami pergi sejauh yang kami boleh dan itulah matlamatnya. Saya ada cita-cita, kita semua ada cita-cita. Kami semua mahu mencapai yang terbaik yang boleh.

"Kami mengambil bahagian dalam setiap pertandingan untuk cuba dan memenanginya. Ia hampir mustahil untuk melakukannya tetapi kami sudah bersedia untuk permulaan EPL," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!