Warga emas maut langgar belakang lori

Keadaan kenderaan milik warga emas akibat kemalangan di Kilometer 47, Jalan Kuantan-Kemaman, pada Ahad. Foto Facebook Polis Trafik
Keadaan kenderaan milik warga emas akibat kemalangan di Kilometer 47, Jalan Kuantan-Kemaman, pada Ahad. Foto Facebook Polis Trafik
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas kenderaan jenis jip dipandunya melanggar belakang lori yang diletakkan di bahu jalan sebelum bertembung sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 47, Jalan Kuantan-Kemaman, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Mamat atau Wahab Jusoh,76, beralamat di Kampung Cherating di sini, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di unit kecemasan di Hospital Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dari arah Kemaman hendak menghala ke Kuantan dan tiba lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan berlaku.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa dibawa oleh ambulan ke wad kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya pada Isnin.

Beliau memaklumkan hasil siasatan awal mendapati, kecuaian menjadi punca kepada kemalangan itu ekoran kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!