Orang Asli kibar bendera, buka pos Pas, protes kenaikan harga barang

Mohd Nassuruddin semasa berucap selepas merasmikan Pelancaran Tawaran PN PRK DUN Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang pada Ahad malam.
Mohd Nassuruddin semasa berucap selepas merasmikan Pelancaran Tawaran PN PRK DUN Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok, Gua Musang pada Ahad malam.
A
A
A

GUA MUSANG - Pas Kelantan mendakwa tindakan masyarakat Orang Asli mengibarkan dan membuka pos parti itu memberi isyarat memprotes kenaikan harga barangan di penempatan mereka.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, tindakan masyarakat Orang Asli itu disifatkan luar biasa kerana Pas tidak pernah berjaya menembusi kawasan itu.

"Orang Asli sekarang kibar bendera Pas, buka pos Pas, ini luar biasa. Ia menunjukkan mereka tidak setuju dengan kenaikan harga barang," katanya semasa berucap selepas merasmikan Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok di sini, pada Ahad malam.

Menurut beliau, ini merupakan satu kesedaran baru yang ditunjukkan oleh Orang Asli.

"Orang Asli pun faham (kenaikan harga barang), kita lagilah faham.

"Sebab itulah kita tengok dalam pilihan raya lalu, rakyat bagi sokongan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN)," katanya.

Beliau yang merupakan Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan 'suara' pemimpin UMNO dalam membela nasib rakyat di kawasan pedalaman ketika kenaikan harga diesel.

Katanya, walaupun berada dalam kerajaan, UMNO dilihat tidak bersuara dalam perkara ini.

Artikel Berkaitan:

"Jadi bila harga minyak naik tentulah harga barang naik

"Orang Asli merungut sebab harga barang di perkampungan Orang Asli lagi mahal berbanding di Gua Musang sebab nak masuk jauh," katanya.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!