Video tular gaduh: Tiga pemain bola sudah dikenakan tindakan tegas
MERSING - Tiga pemain bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan ketika kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2024, sudah diambil tindakan tegas oleh pengadil perlawanan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Supritendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, insiden yang video tular itu, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Pada 10 Ogos, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah menerima maklumat satu video tular berkaitan kejadian pergaduhan melibatkan pemain dalam kejohanan bola sepak peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor tahun 2024.
"Kejohanan berlangsung di sebuah sekolah menengah di daerah ini. Insiden itu berlaku semasa permainan masih lagi berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pergaduhan itu berlaku akibat perselisihan faham antara beberapa orang pemain kedua-dua pasukan.
"Perlawanan bola sepak itu tamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung insiden ini," ujarnya.
Sebelum ini tular video berdurasi 2 minit 23 saat memaparkan insiden pergaduhan pemain bola tersebut namun dileraikan oleh pengadil.
@sinarharianonline Video tular gaduh: Tiga pemain bola sudah dikenakan tindakan tegas #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Johor #BolaSepak #Gaduh #Video #Tular #Viral
News - AShamaluevMusic
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!