Kertas siasatan pemain bola sepak bawa kerambit dirujuk TPR

Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada Ahad.
Gambar tular di media sosial seorang lelaki dipercayai membawa masuk senjata tajam berupa kerambit semasa pergaduhan perlawanan bola sepak di padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berkaitan kes pemain bola sepak amatur yang dipercayai mengacukan objek tajam dalam insiden perselisihan semasa perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre, di sini, telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya mencadangkan pertuduhan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Kita masih menunggu maklum balas Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Lazim berkata, suspek warga tempatan dilepaskan atas jaminan polis selepas tempoh reman tamat pada Isnin.

"Teman wanita suspek pula masih dlm tahanan Imigresen," katanya.

Pada Jumaat media melaporkan, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di di sebuah rumah di Klang, Selangor, pada jam 6.30 petang, Khamis.

Hasil siasatan, suspek mengaku mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri dalam kejadian itu.

Katanya, suspek lelaki direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos, teman wanitanya pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!