Muktamar Pas ke-70 dari 11 hingga 15 September depan

Muktamar Tahunan Pas kali ke-70 akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau Temerloh pada 11 hingga 15 September depan.
Muktamar Tahunan Pas kali ke-70 akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau Temerloh pada 11 hingga 15 September depan.
A
A
A

KUANTAN - Muktamar Tahunan Pas kali ke-70 akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau Temerloh pada 11 hingga 15 September depan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, muktamar berlangsung selama lima hari dijangka dihadiri 5,000 perwakilan daripada seluruh negara.

Menurutnya, beberapa perkara bakal dibahaskan termasuk peranan Pas dalam penyatuan ummah.

"Kita (sebenarnya) mahu memperkasakan penyatuan ummah bagi menyelamatkan negara, agama dan bangsa.

"Jadi, perlu ada penegasan daripada kita untuk menggerakkan rakyat seluruh negara agar (dapat) menyahut seruan, kita (ke arah) menyatukan Melayu dan umat Islam itu sendiri," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah memaklumkan, tumpuan terhadap anak muda bagi memastikan kedudukan parti terus kukuh turut menjadi fokus utama.

Jelasnya, Pas akan melihat bagaimana peranan yang perlu dimainkan oleh setiap sayap parti khususnya dari sudut dewan pemuda.

"Kita tahu anak muda adalah golongan yang akan menentukan hala tuju dan masa depan negara, jadi perlu diberikan satu skop atau panduan kepada anak muda dalam berpolitik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!