Projek Kampung Angkat Madani di Kapit dibangunkan kontraktor tempatan

Alexander (tiga dari kanan) menyerahkan SST kepada salah seorang kontraktor yang terpilih untuk kendalikan projek menaik taraf Perkampungan Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song, Sarawak.
Alexander (tiga dari kanan) menyerahkan SST kepada salah seorang kontraktor yang terpilih untuk kendalikan projek menaik taraf Perkampungan Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song, Sarawak.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek menaik taraf Perkampungan Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song, Sarawak sebagai Kampung Angkat Madani (KAM) Kementerian Kerja Raya (KKR) dijangka bermula bulan ini selepas dua kontraktor telah dipilih untuk mengendalikan kerja-kerja terbabit.

KKR dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua kontraktor yang terpilih merupakan syarikat tempatan berpangkalan di Kapit dan berpengalaman dalam melaksanakan projek di kawasan pedalaman dan memahami cabaran yang bakal dihadapi khususnya segi bekalan bahan binaan, keperluan tenaga kerja dan logistik.

Menurut kenyataan itu, dua kontraktor yang dipilih iaitu Syarikat Bumi Mas dan Syarikat Smartech Resources.

“Kedua-dua syarikat ini akan membangunkan lima projek fizikal yang merangkumi pembinaan jambatan pejalan kaki, pemasangan lampu solar, menaik taraf pondok menunggu di jeti dan menaik taraf laluan pejalan kaki yang menghubungkan tiga rumah panjang.

"Projek ini dijangka bermula pada bulan Ogos 2024 dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan untuk disiapkan," katanya.

Alexander (tiga dari kanan) menyerahkan SST kepada salah seorang kontraktor yang terpilih untuk kendalikan projek menaik taraf Perkampungan Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song, Sarawak.
Alexander (tiga dari kanan) menyerahkan SST kepada salah seorang kontraktor yang terpilih untuk kendalikan projek menaik taraf Perkampungan Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song, Sarawak.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada dua kontraktor yang terpilih itu.

Perkampungan Nanga Engkuah yang dicadangkan oleh KKR diberikan kelulusan oleh Kementerian Kewangan (MoF) bagi tujuan tersebut di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Kawasan berkenaan merupakan perkampungan rumah panjang terletak di pedalaman iaitu kira-kira 50 kilometer dari Pekan Song yang hanya boleh diakses melalui jalan sungai yang mengambil masa tiga jam dari Pekan Song.

"Terdapat tiga buah rumah panjang (RH) di kampung ini iaitu RH Assan, RH Radiah dan RH Albert Lajong dengan jumlah penduduk seramai 658 orang.

"Majoriti penduduk kampung adalah terdiri daripada etnik Iban. Kegiatan ekonomi tempatan penduduk kampung adalah terdiri daripada pekerjaan di sektor awam dan swasta, penternakan kecil-kecilan dan perikanan," kata kenyataan itu.

KKR dalam masa sama yakin, usaha untuk memartabatkan Perkampungan Nanga Engkuah ke arah pembangunan yang lebih mampan dan holistik serta memberikan keselesaan kepada penduduk kampung pada masa hadapan tercapai apabila projek ini siap nanti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!