MBSJ mahu Subang Jaya merdeka denggi

Amirul Azizan (tujuh kanan) bersama peserta larian santai jiwa merdeka sejauh 4.5 kilometer
Amirul Azizan (tujuh kanan) bersama peserta larian santai jiwa merdeka sejauh 4.5 kilometer
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengangkat tema Merdeka Denggi sempena Karnival Sihat Selangor Peringkat MBSJ 2024 untuk memberi kesedaran dan sikap ambil peduli dalam kalangan penduduk Subang Jaya.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan MBSJ dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling.

Menurutnya, sebanyak 28 aktiviti pameran dan taklimat serta 20 aktiviti gotong-royong berkaitan kes demam denggi dijalankan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan pihak sekolah.

"Kerjasama daripada penduduk agak memuaskan namun masih memerlukan kerjasama lebih aktif bagi memastikan tanggungjawab untuk merdeka daripada demam denggi dipikul bersama," katanya pada Majlis Penutup Karnival Sihat Selangor Peringkat MBSJ di Subang Parade di sini.

Wheels of wellness antara program yang dijalankan sempena Karnival Sihat Selangor peringkat MBSJ
Wheels of wellness antara program yang dijalankan sempena Karnival Sihat Selangor peringkat MBSJ

Mengikut statistik kes demam denggi bagi Minggu Epid ke-31 Tahun 2024 di Subang Jaya telah merekodkan sebanyak 6,092 kes denggi dengan 17 kawasan titik panas denggi.

Dalam pada itu, Amirul Azizan mengulas lanjut berkata, MBSJ turut mengambil inisiatif untuk menubuhkan skuad denggi peringkat MPP dan sekolah di kawasan MBSJ.

"Buat masa MPP Zon 4 adalah skuad denggi yang paling aktif membantu pihak MBSJ dalam mengawal dan mengekang kes demam denggi.

Artikel Berkaitan:

"Sekolah yang menyertai explorace denggi juga dilantik sebagai agen skuad denggi sekolah dan pihak Jabatan Kesihatan akan memberi bimbingan kepada pasukan ini untuk memastikan sekolah juga merdeka denggi," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!