Suami tikam isteri meninggal dunia akibat keracunan ammonia

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

JEMPOL - Lelaki yang menikam isterinya dengan pisau dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau pada Sabtu lalu, meninggal dunia awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol pada jam 3.06 pagi.

Menurutnya, kematian lelaki terbabit disebabkan radang paru-paru akibat keracunan ammonia.

"Dia telah mendapat rawatan awal di Hospital Jempol pada hari yang sama suspek menikam isterinya. Polis ke Hospital Jempol kira-kira jam 5.30 petang kelmarin (Sabtu) untuk mengesahkan keberadaan suspek di hospital.

"Suspek ketika itu dalam keadaan separuh sedar ketika menerima rawatan awal di bahagian kecemasan Hospital Jempol," katanya ketika mengesahkan laporan pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek telah menikam isterinya, 30, di bahagian rusuk kiri dengan pisau sebanyak dua kali selepas berlaku selisih faham antara mereka di rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah manakala suspek telah melarikan diri sebaik kejadian dan berada di kebun durian di Jelebu.

Suspek bertindak minum racun rumpai lalu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!