[KRONOLOGI] Kes bunuh Cikgu Istiqomah

Polis mengesahkan identiti mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui pada 31 Disember milik Cikgu Istiqomah.
Polis mengesahkan identiti mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui pada 31 Disember milik Cikgu Istiqomah.
A
A
A

KEHILANGAN seorang guru dari Sekolah Kota Masai 3, di Pasir Gudang, Johor dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, menggemparkan negara apabila berita kehilangannya akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala ditemui pada 31 Disember lalu adalah miliknya.

[26 Disember 2023]

-Cikgu Istiqomah yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat 57 kilogram hilang sejak 26 Disember, kira-kira jam 8 pagi.

- Namun, kereta ibu kepada tiga cahaya mata itu telah dijumpai sekitar area Lotus Kota Masai pada 27 Disember sekitar jam 2 petang bersama kunci. Bagaimanapun Cikgu Istiqomah sendiri tidak kelihatan.

- Yusni memaklumkan pihak keluarga membuat laporan polis.

- Beliau juga memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi pasaraya itu atau Eco Tropics pada 26 Disember sekitar 10.30 pagi hingga 11 pagi menghubunginya mendapatkan rakaman video dashcam.

"Minta jasa baik semua, viralkan kes ini sehingga dijumpai atau dipulangkan ke pangkuan keluarga. Semoga usaha dan doa kalian dapat membantu keluarga kami, aamiin." - Yusni.

[28 Disember 2023]

- Sementara itu, portal berita tempatan melaporkan suami Cikgu Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, setia menunggu kepulangan isterinya yang tercinta.

Artikel Berkaitan:

- Mohd Yusof yang bertugas sebagai juruteknik berikhtiar pelbagai cara dalam pencarian isterinya termasuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam.

- Melalui seorang ustaz yang ditemui, beliau dimaklumkan isterinya memang mahu pulang, tetapi mempunyai halangan iaitu seperti ada 'seseorang' yang memegangnya.

- Mengetahui isterinya masih di dalam negara, Mohd Yusof berharap individu berkenaan lembut hati melepaskan dan memulangkan wanita itu kembali kepada keluarga.

- Mohd Yusof berkata, anak sulung mereka berusia sembilan tahun sudah memahami kehilangan ibu mereka dan kerap termenung memberitahu rindu akan wanita itu.

- Difahamkan dua lagi anaknya yang berusia empat dan enam tahun masih belum mengerti dan menganggap ibu mereka yang bekerja sebagai seorang guru, keluar ke sekolah.

- Kata Mohd Yusof, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya yang menjadi lokasi kereta Cikgu Istiqomah ditemui, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu namun kelibat isterinya tidak kelihatan.

- Mohd Yusof mengakui tidak mengenali lelaki itu yang seolah menutup wajahnya sehingga sukar dilihat.

- Katanya lagi, pada hari kejadian, beliau keluar bekerja pada jam 6.30 pagi dan keadaan di rumah ketika itu seperti biasa.

- Difahamkan ketika itu cuti sekolah dan Cikgu Istiqomah tidak bekerja.

- Bagaimanapun, ketika pulang ke rumah pada pukul 6 petang, Cikgu Istiqomah didapati tiada di rumah sedangkan isterinya itu tidak ada memberitahu akan ke mana-mana. Apabila bertanya kepada anak saya, mereka berkata guru wanita itu ke sekolah.

- Mohd Yusof segera mencari Cikgu Istiqomah di sekolah namun pengawal keselamatan sekolah maklumkan isterinya tidak ada ke sana.

- Beliau juga menghantar mesej kepada Cikgu Istiqomah menerusi aplikasi WhatsApp namun mesej tersebut itu tidak sampai.

- Mohd Yusof berkata, tiga hari pertama selepas hilang, 'Cikgu Istiqomah' ada menghantar mesej tetapi ayat-ayatnya tidak seperti ditulis beliau. Malah lelaki itu juga memaklumkan selepas mesej dihantar telefon bimbit milik isterinya seperti ditutup.

- Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan tentang laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada 27 Disember 2023 pada jam 12.36 tengah malam.

- Kehilangan Cikgu Istiqomah cuba dikesan dan penyiasatannya masih dijalankan.

[31 Disember 2023]

- Mayat wanita ditemui dalam tong sampah yang dibuang ke dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka. Identiti belum dikenal pasti.

[12 Ogos 2024]

- Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan identiti mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui pada 31 Disember milik Istiqomah Ahmad Rozi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!