'Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara di Olimpik' - PM

Anwar berucap pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Isnin. - Foto Bernama
Anwar berucap pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyiapkan satu kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan negara.

Beliau berkata, ia sebagai usaha kementerian dan atlet bagi meningkatkan pencapaian.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, anak-anak yang terlibat dalam Sukan Olimpik kerana kita telah berusaha sebaik mungkin. Kita terima baik (segala) keputusan.

"Insya-ALLAH kita akan siapkan beberapa kerangka baharu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga negara.

"Jadi harus kita tumpu ke hadapan, tetapi sementara itu janganlah kita mengeluh kerana anak-anak dan olahragawan itu telah berusaha sedaya upaya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Isnin.

Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!