Sudah ada buku panduan pasang Jalur Gemilang

Naim Fahmi (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan mengibarkan bendera pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Isnin.
Naim Fahmi (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan mengibarkan bendera pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mahu masyarakat mengguna pakai buku panduan kaedah pemasangan Jalur Gemilang bagi mengelakkan kesalahan seperti yang berlaku sebelum ini.

Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Penerangan Malaysia, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata, buku bertajuk Bendera Kita Jalur Gemilang itu turut memberi kefahaman mengenai perkara penting menjaga bendera negara.

Menurutnya, di peringkat Jabatan Penerangan negeri juga sudah diuar-uarkan cara memasang bendera dengan betul melalui semua platform media sosial.

"Kita sama-sama menguar-uarkan kepada seluruh masyarakat bagi memastikan bendera yang digantung itu mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Aswadi Md Nor dan Pengarah Kastam negeri Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long.

Naim Fahmi (duduk, tengah) menandatangani buku kehadiran tetamu pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Isnin.
Naim Fahmi (duduk, tengah) menandatangani buku kehadiran tetamu pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Isnin.

Media pada Ahad melaporkan polis menahan seorang warga emas lelaki berusia 60-an bagi membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah premis bangunan di Kuala, Perak.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, selepas siasatan warga emas itu dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor usia yang sudah lanjut namun siasatan masih diteruskan.

Dalam pada itu, Naim Fahmi menegaskan semua premis perlu menukar Jalur Gemilang yang lusuh atau koyak kerana bendera negara itu melambangkan semangat patriotisme terutama dalam bulan kemerdekaan.

"Guna bendera baharu kerana kita mahu meningkatkan semangat kemerdekaan terutama sepanjang bulan ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai program yang dianjurkan oleh JaPen di seluruh negeri mendapat sambutan menggalakkan termasuk sokongan daripada 1,878 Komunit Madani untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan.

“Orang ramai juga menyambut baik satu rumah satu Jalur Gemilang sepanjang Ogos dan September namun JaPen menggalakkan pemasangan bendera itu sepanjang tahun," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!