Graduan didakwa memandu mabuk sebabkan kematian 2 pelajar

Cong Li (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, bagi menghadapi dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan dua pelajar kolej maut, Sabtu lalu.
Cong Li (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, bagi menghadapi dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan dua pelajar kolej maut, Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang graduan jurusan ijazah logistik dan perniagaan dari universiti luar negara, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan memandu bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej, Sabtu lalu.

Lim Cong Li, 23, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Fatin Dayana Jalil.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh sebagai pemandu kereta jenis Mercedes C200, telah memandu dengan kadar alkohol dalam badan, melebihi had yang ditetapkan iaitu 114mg/100ml hingga menyebabkan kematian dua lelaki, S Dinesh Raj, 22 dan R Panthalaraasan, 22.

Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Cheras dari arah Taman Midah menghala pusat bandar, pada jam 6.43 pagi, 10 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pada Sabtu lalu, berlaku kemalangan membabitkan empat kereta dan dua motosikal, sehingga meragut nyawa dua pelajar kolej, dekat Jalan Cheras di sini.
Pada Sabtu lalu, berlaku kemalangan membabitkan empat kereta dan dua motosikal, sehingga meragut nyawa dua pelajar kolej, dekat Jalan Cheras di sini.

Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa, Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi setiap kes, dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Vincent Lawrence yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana dia telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang ditahan reman.

Artikel Berkaitan:

“Dia hadir ke mahkamah tanpa paksaan, ini menunjukkan dia tiada niat untuk melarikan diri,” katanya, yang turut dihadiri peguam, S Rajah Sakaran.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Fatin Dayana membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

“Lesen memandu tertuduh digantung sementara kes ini dibicarakan dan mahkamah menetapkan 21 Oktober depan untuk sebutan semula kes,” kata Hakim itu.

Pada Sabtu lalu, berlaku kemalangan membabitkan empat kereta dan dua motosikal, sehingga meragut nyawa dua pelajar kolej, dekat Jalan Cheras di sini.

Berdasarkan maklumat awal, pihak polis berkata, sebuah kereta dipandu seorang individu dipercayai terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan dan melanggar beberapa kenderaan lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!