Bridgenet anjur Simposium Akta Keselamatan Siber
MENYEDARI ancaman keselamatan digital yang semakin meningkat termasuk di Malaysia, Bridgenet Solutions Sdn Bhd (Bridgenet), anak syarikat CelcomDigi tampil dengan inisiatif menganjurkan Simposium Akta Keselamatan Siber baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Keane Leong berkata, objektif utama simposium itu diadakan bagi menggalakkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan dengan pakar berkaitan untuk menangani landskap ancaman keselamatan siber.
Selain itu, melalui penganjuran yang menghimpunan pemimpin industri, pegawia kerajaan dan profesional keselamatan siber ia turut membolehkan analisis mendalam mengenai Akta Keselamatan Siber 2024 dibuat bersama pihak terlibat.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan peningkatan ketara dalam ancaman siber, daripada pelanggaran data kepada serangan perisian dan sebagainya.
"Insiden ini bukan sahaja mengganggu operasi kami, tetapi juga menghakis kepercayaan dan keyakinan dalam sistem digital kami.
"Ketika kita menerima ekonomi digital, langkah-langkah keselamatan siber yang kukuh bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, menyentuh lebih mendalam mengenai penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024, Ketua Pegawai Teknologi Bridgenet, Loy Kuang Haow berkata, langkah berkenaan dalam melindungi landskap digital Malaysia.
Menurutnya, dengan melaksanakan langkah keselamatan siber yang teguh dan memupuk kerjasama antara kita, masa depan digital yang selamat dan berdaya tahan boleh dicapai.
Sehubungan itu katanya, penganjuran simposium itu juga dilihat tepat pada masanya.
"Simposium ini juga mempamerkan komitmen kami untuk mengetuai tanggungjawab dalam keselamatan siber. Cerapan yang dikongsi telah melengkapkan kami dan rakan kongsi kami dengan pengetahuan untuk melindungi infrastruktur dan data kami dengan lebih baik," katanya.
Bridgenet yang ditubuhkan pada 2003 mengkhususkan perniagaannya sebagai penyedia perkhidmatan dedikasi dalam sistem sokongan komputer.
Sepanjang tahun, syarikat tersebut berkembang kepada pembangunan program yang memperkasakan pelanggan dalam mengekalkan infrastruktur teknologi maklumat (IT) untuk pelbagai perniagaan.
Selanjutnya, pada 2021, penyertaan mereka dalam perjanjian perolehan kerjasama dengan CelcomDigi menandakan peralihan mereka menjadi penyedia penyelesaian dan perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) terbesar di negara ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!