Puad sindir Annuar pakai barangan berjenama ketika kempen

Tangkap layar hantaran di Facebook Mohd Puad pada Isnin.
Tangkap layar hantaran di Facebook Mohd Puad pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN), Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa kerana memakai pakaian berjenama ketika berkempen.

Mohd Puad berkata, Annuar sepatutnya berlakon sedikit supaya tidak menunjukkan kemewahan kepada masyarakat Orang Asli di DUN berkenaan.

“Tular beberapa gambar Annuar Musa pakai barang jenama Louis Vuitton (LV). Baju LV. Jam LV. Selipar pun LV. Ia ekoran Annuar pakai baju LV masa bagi maggie mee (mi segera) pada pengundi Orang Asli.

“Kesian Annuar. Tak salah dia pakai barang berjenama. Betullah, itu pitih (duit) dia. Tetapi berpada-padalah. Lain kali jangan over bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV. Berlakonlah sikit. Pakai kopiah dan kain pelekat cop gajah duduk.

“Annuar kata ahli Pas yang tuduh DAP kafir harbi tersasul cakap. Tapi pakai baju LV tidak mungkin tersasul,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Annuar didakwa memakai pakaian dan barang-barang berjenama ketika berkempen di kawasan Orang Asli di Nenggiri.

Dalam ceramah di Jeram Tekoh, Gua Musang baru-baru ini, Bekas Setiausaha Agung UMNO itu menjelaskan pemakaian beliau di kawasan berkenaan tidak sepatutnya menjadi isu.

Ujarnya, barangan tersebut dibeli dengan menggunakan wangnya sendiri dan tidak perlu dipertikaikan.

Artikel Berkaitan:

“Musim pilihan raya patut tinggal kenderaan kerajaan, guna kenderaan sendiri, ini marah kepada saya kenapa pakai baju mahal, ikut aku pitih (duit) aku,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!