7 maut dalam insiden rempuhan di India
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh individu terbunuh dan ramai lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah kuil di negeri Bihar, India, kata pegawai pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Kejadian berlaku di daerah Jehanabad pada malam antara Ahad dan Isnin.
Dalam satu kenyataan pihak berkuasa tempatan memaklumkan tujuh orang terkorban dan 16 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Kuil Baba Siddhnath.
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa menerima laporan mengenai pergaduhan yang berlaku di dalam kuil, yang membawa kepada kejadian berkenaan.
Pegawai kanan awam Alankrita Pandey berkata, anggota keselamatan yang bertugas di kuil berkenaan segera bergegas ke lokasi kejadian dan keadaan kini terkawal. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!