Banjir di utara India ragut lebih 30 nyawa
INDIA - Lebih 30 orang maut akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di negeri utara India, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Times of India pada Isnin.
Pada Ahad, sekurang-kurangnya 31 orang maut di Rajasthan, Himachal Pradesh, Uttar Pradesh dan Punjab, lapor akhbar itu.
Kebanyakan mangsa dilaporkan di Rajasthan, menyaksikan 17 orang maut dan sekurang-kurangnya lima lagi hilang.
Sekurang-kurangnya lapan orang masih hilang di empat negeri di negara itu, menurut akhbar berkenaan.
Pada awal Ogos, Agensi Berita Press Trust of India melaporkan bahawa lebih 20 orang maut di utara India akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat. - Bernama-Sputnik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!