KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu atau pindaan 14 hari lebih awal

Johari bercakap pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja ke DUN Terengganu. Foto Bernama
Johari bercakap pada sidang media semasa melakukan lawatan kerja ke DUN Terengganu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, langkah itu bagi membolehkan ahli Parlimen mempunyai lebih masa untuk meneliti dan mengkaji RUU sebelum dibahaskan di Parlimen.

Beliau berkata, selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa perbahasan semua ahli Parlimen yang seringkali meleret-leret sehingga menimbulkan tidak puas hati sesama mereka.

"Saya dah panggil semua ketua setiausaha dan mohon kerjasama mereka. Kalau ada RUU baharu yang akan diperkenalkan di Parlimen atau ada pindaan terhadap satu undang-undang, seelok-eloknya RUU itu sampai awal ke Parlimen.

Johari (kanan) melihat dari dekat cokmar semasa melakukan lawatan kerja ke DUN Terengganu sempena Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Wisma Darul Iman pada Isnin. Foto Bernama
Johari (kanan) melihat dari dekat cokmar semasa melakukan lawatan kerja ke DUN Terengganu sempena Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Wisma Darul Iman pada Isnin. Foto Bernama

"Saya menetapkan seeloknya 14 hari supaya dalam tempoh itu kita sempat edar kepada ahli Parlimen. Ahli Parlimen pula dapat baca dan buat kajian sebab ada masa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Isnin.

Turut hadir, Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Nor Hamzah dan Timbalannya, Khazan Che Mat.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Johari turut mengingatkan semua ahli Parlimen supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform untuk mempromosi diri sendiri.

Johari berkata, isu politik tidak sekali-kali boleh dibawa masuk ke Parlimen kerana ia merupakan tempat untuk membincangkan permasalahan rakyat.

"Di Parlimen rakyat nak dengar pasal (masalah) mereka bukan kita (ahli politik). Setiap minit kita berada dalam dewan adalah untuk rakyat. Jadi elakkan promosi diri sendiri dan bincang hal rakyat yang banyak," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!