Mangsa banjir di Alor Gajah tidak banyak berubah

Situasi semasa banjir yang melanda Lubok China pada Isnin. Foto Bernama
Situasi semasa banjir yang melanda Lubok China pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Keadaan banjir di Alor Gajah tidak banyak berubah dengan jumlah keluarga terjejas kini 418 mangsa daripada 127 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 418 mangsa (123 keluarga) pada 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa berkenaan, ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar daerah itu dengan Balai Raya Seri Jeram baharu dibuka pada 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, lima lagi PPS ialah di Balai Raya Paya Lebar, Balai Raya Ayer Paabas, Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi, Dewan Japerun Ayer Limau dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin.

Keadaan banjir tidak banyak berubah pada petang Isnin. Foto Bernama
Keadaan banjir tidak banyak berubah pada petang Isnin. Foto Bernama

"61 mangsa melibatkan 13 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Paya Lebar, manakala di Balai Raya Ayer Paabas menempatkan 14 mangsa daripada sembilan keluarga.

"Japerun Kuala Linggi (127 mangsa, 31 keluarga) dan Dewan Japerun Ayer Limau (43 orang, 11 keluarga),” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Kamarulsyah berkata, 163 mangsa daripada 59 keluarga pula ditempatkan di SRA JAIM Ar-Rasyidin dan Balai Raya Seri Jeram (10 mangsa, empat keluarga).

Artikel Berkaitan:

Jumlah keluarga terjejas setakat 4 petang Isnin seramai 418 mangsa daripada 127 keluarga. Foto Bernama
Jumlah keluarga terjejas setakat 4 petang Isnin seramai 418 mangsa daripada 127 keluarga. Foto Bernama

Beliau berkata, antara kawasan terjejas ialah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Selain itu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!